SeUntaI KaTa UnTuk Di RaSa
Thursday, June 19, 2008
Gesaan Mufti Perlis, Dr. Asri untuk meminta keempat empat 'orang kuat ' politik di Malaysia , Pak Lah, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz untuk duduk semeja bagi membincangkan permasalahan melayu dan Islam amat membuka mata banyak pihak.
kata Nik Abdul Aziz, beliau tidak yakin pemimpin Umno sedia berbuat demikian kerana mendakwa parti itu tidak ikhlas berbanding Pas.
“Lama dah kita (Pas) minta diadakan pertemuan seperti ini tetapi Umno yang tidak mahu. Syarat duduk semeja ialah ikhlas tapi hanya Pas yang ikhlas dan bukannya Umno selagi ia berpegang kepada nasionalis,” katanya selepas merasmikan peletakan batu asas Asrama Kedua, Maahad Muhammadi Lelaki, di sini, semalam.
Begitu juga apabila ditanya kepada wakil UMNO, jawapan yang sama, masing masing tidak yakin dengan keikhlasan PAS.
Satu persoalan di sini, kalau masing - masing tidak yakin, masakan mahu melihat hasilnya. Rujuklah permasalahan di Palestin. Hamas, Fatah dan Israel sudah berkali-kali mengadakan perbincangan pendamaian namun masih gagal. Namun, mereka tetap berusaha untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka.
Siapa yang tidak kenal Tun Mahathir yang arif dalam pembangunan, Tuan Guru Nik Aziz yang dihormati sebagai seorang ulama berpengaruh, Dato' Seri Anwar sebagai pembela nasib golongan miskin dan Pak Lah sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Masing-masing mempunyai karisma masing-masing.
Mohon sahabat-sahabat lain memberi respon terhadap permasalahan ini.
Labels: Politik dan Dakwah

0 comments:
Post a Comment