SeUntaI KaTa UnTuk Di RaSa

Alhamdulillah, akhirnya impian untuk mewujudkan satu ruangan blog di atas nama Amal Islami akhirnya berjaya dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat yang masih cekal memberi sokongan terhadap kesatuan pertubuhan ini. Semoga blog ini mampu menjadi medan untuk kita semua menimba ilmu selagi yang terdaya. Sebarang komen dan cadangan amatlah kami alu-alukan. Anda amatlah dialu-alukan untuk menyertai pertubuhan ini khususnya bagi bekas pelajar MRSM Muar. Bagi mereka yang bukan bekas pelajar MRSM Muar, anda turut dipelawa untuk meramaikan dan memeriahkan lagi pertubuhan ini. Di harap dengan kebersamaan anda terhadap pertubuhan ini, dapat menjadikan wadah untuk saling bertukar pandangan antara satu sama lain.

Monday, June 30, 2008

Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat.

Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri.

Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :-


Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari)


Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari)


Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.

Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabdaan baginda nabi s.a.w :-


Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3]

Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas. Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat.

Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang tidak amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersbeut boleh dikawal di Malaysia. Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini.

Tuesday, June 24, 2008

ISU MINYAK........

Assalamualaikum buat semua..
alhamdulillah, kita bersua lagi.

baiklah, seperti yang sedia maklum, kenaikan harga minyak yang meningkat begitu membebankan rakyat. Walaupun kita adalah pengeluar minyak, namun negara kita tidak terlepas daripada permasalahan ini.

Musykil ???!! Kita di bawah, kta tak tahu apa yang berlaku di pihak yang menguruskannya.

Oleh itu saya menjemput antum semua untuk memberikan serba sedikit buah fikiran, pendapat,cadangan untuk menangani isu ini..InsyaAllah, saya akan satukan semua pendapat dan langkah-langkah antum semua.Kemudian, akan dihantarkan pendirian kita kepada Berita Harian,Utusan di bahagian ruangan pembaca. Insya Allah...Antum semua bolehlah mengirimkan komen sehingga Ahad ini 29 Jun 2008...
Wassalam......

Thursday, June 19, 2008


Tutuplah ia semasa solat


terima kasih atas kesudian membacanya.

Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).

Ini kerana :-

1) Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.

2) Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-

‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.

Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )

Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................

FATWA Saudi council of Muftis have given an unanimous Fatwa that ring tones on QURAAN AYAAT are haraam because the AYAAT are not complete when we pick the phone & meanings of AYAAT changes when they are not complete. QURAN is for Hidayat and not for ring tones, Please inform others. KINDLY PASS THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIM BROTHERS AND SISTERS AS WELL


2. BE ADVISE:
Don't say 'Mosque' Always say ' Masjid' Because Islam organization has found thats mosque = Mosquitoes.
Don't write ' Mecca ' Write always correctly ' Makkah' Because Mecca = house of Wines .
Don't write ' Mohd' Always write completely as ' Muhammad' Becasue Mohd = the Dog with big mouth. Forward it as many Muslims as you!!
Please don't break o putuskan mail ni...keep on fowarding to ur friend insyallah aminkan doa kita ini. we make a doa' for our suffering Muslims ummah in Palestine , Afghanistan , Iraq , Chechnya, Kashmirand anywhere else around the globe? If each of us makes a doa' and send this friendly reminder to other muslims, just imagine how much good deed we will receive (without realising so).
"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin, Afghanistan , Iraq

Gesaan Mufti Perlis, Dr. Asri untuk meminta keempat empat 'orang kuat ' politik di Malaysia , Pak Lah, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz untuk duduk semeja bagi membincangkan permasalahan melayu dan Islam amat membuka mata banyak pihak.

kata Nik Abdul Aziz, beliau tidak yakin pemimpin Umno sedia berbuat demikian kerana mendakwa parti itu tidak ikhlas berbanding Pas.

“Lama dah kita (Pas) minta diadakan pertemuan seperti ini tetapi Umno yang tidak mahu. Syarat duduk semeja ialah ikhlas tapi hanya Pas yang ikhlas dan bukannya Umno selagi ia berpegang kepada nasionalis,” katanya selepas merasmikan peletakan batu asas Asrama Kedua, Maahad Muhammadi Lelaki, di sini, semalam.

Begitu juga apabila ditanya kepada wakil UMNO, jawapan yang sama, masing masing tidak yakin dengan keikhlasan PAS.

Satu persoalan di sini, kalau masing - masing tidak yakin, masakan mahu melihat hasilnya. Rujuklah permasalahan di Palestin. Hamas, Fatah dan Israel sudah berkali-kali mengadakan perbincangan pendamaian namun masih gagal. Namun, mereka tetap berusaha untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka.

Siapa yang tidak kenal Tun Mahathir yang arif dalam pembangunan, Tuan Guru Nik Aziz yang dihormati sebagai seorang ulama berpengaruh, Dato' Seri Anwar sebagai pembela nasib golongan miskin dan Pak Lah sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Masing-masing mempunyai karisma masing-masing.

Mohon sahabat-sahabat lain memberi respon terhadap permasalahan ini.

Wednesday, June 18, 2008

Salam pertemuan...

pastinya ramai yang tertanya - tanya bagaimanakah blog ini akan berfungsi ??

mudah, di sini akan dijadikan tempat bagi kita semua untuk menuntut ilmu dan juga membincangkan sesuatu permasalahan yang melanda umat Islam khususnya. Ini bermakna gagasan pertubuhan kita ini mempunyai pendirian tersendiri mengenai sesuatu perkara.

Caranya....

1. sahabat sahabat bolehlah mengirimkan apa - apa soalan dan tazkirah kepada emel ai_mrsm@yahoo.com.

2. Admin akan menguploadkannya di laman blog ini.

3. Sahabat - sahabat yang lain bolehlah mengirimkan komen untuk menjawab persoalan yang diutarakan.

Tuesday, June 17, 2008

Salam Ukhuwah...

Assalamualaikum buat semua.....
Alhamdulillah, akhirnya website @ blog yang dicadangkan untuk beberapa hari sebelum ini akhirnya berjaya dihasilkan. walaupun masih baru, namun diharap mampu mengembalikan semula kesatuan ini.

Di saat masing - masing sibuk dengan urusan masing-masing, di harap blog ini mampu mengeratkan semula ikatan antara sahabat sahabat sekalian yang semakin renggang.

Akhir kata, semoga web log ini dapat menjadi wadah untuk kita bersatu semula.


takbir , ALLAHUAKBAR !!!

;;
 
© 2007 Template feito por Templates para Você