SeUntaI KaTa UnTuk Di RaSa

Alhamdulillah, akhirnya impian untuk mewujudkan satu ruangan blog di atas nama Amal Islami akhirnya berjaya dilaksanakan. Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat yang masih cekal memberi sokongan terhadap kesatuan pertubuhan ini. Semoga blog ini mampu menjadi medan untuk kita semua menimba ilmu selagi yang terdaya. Sebarang komen dan cadangan amatlah kami alu-alukan. Anda amatlah dialu-alukan untuk menyertai pertubuhan ini khususnya bagi bekas pelajar MRSM Muar. Bagi mereka yang bukan bekas pelajar MRSM Muar, anda turut dipelawa untuk meramaikan dan memeriahkan lagi pertubuhan ini. Di harap dengan kebersamaan anda terhadap pertubuhan ini, dapat menjadikan wadah untuk saling bertukar pandangan antara satu sama lain.

Thursday, June 19, 2008

Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE. Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc. Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut. HARAP SEBARKAN MAKLUMAT INI UNTUK KEBAIKAN SEMUA UMAT ISLAM.................

0 comments:

 
© 2007 Template feito por Templates para Você